Loading...
「ツール」は右上に移動しました。
1002いいね 41131回再生

Toha Arifin - Raja Haji Fisabilillah [ Official Muzik Video ]

SIPNOPSIS: Inspirasi daripada kisah perjuangan Raja Haji Fisabilillah ibni Almarhum Yamtuan Muda II Opu Daeng Chelak, seorang tokoh Pahlawan Maritim Alam Melayu iaitu Yang Dipertuan Muda Johor-Riau-Lingga Ke IV menentang penjajah Belanda dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air dan akidah umat islam di Tanah Melayu Nusantara.

Lagu: Raja Haji Fisabilillah
Penyanyi: Toha Arifin
Komposer: Ust Huri
Penulis Lirik: Ust Huri
Susunan Muzik: Syahir Miswan
Studio Rakaman: Longan Garage, Kajang
Mastering & Mixing: Syahir Miswan
Muzik Video: Shahril Zainal
Pengarah: Hulubalang Besar
Tim Penggambaran: Krew Tanjak Hi'Tam's
Penerbit: Ust Huri & Toha Arifin
Penerbit Eksekutif: NSR Music Malaysia Sdn Bhd

LOKASI MV :
Pulau Misa Melayu, Bota Kiri
Kg Tersusun Air Kuning, Kg Gajah
Kellies Castle, Kg Gajah
Al Jawhar Campsite & Waterfall, Simpang Pulai
Tapak Latihan Jati Diri Pusat Kepimpinan TLDM, Pangkalan TLDM Lumut
Teluk Batik, Lumut

DENGAN KERJASAMA
Kelab Seni Warisan Selatan
Pertubuhan Silat Seni Gerak Sendi Naga Malaysia TLDM
Persatuan Silat TLDM
Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Malaysia (Gayong Bachok)

LIRIK RAJA HAJI FISABILILLAH

Di atas sejadah ku mengadapMu
داتس سجاده کو مڠادڤمو
Berteman dalail badik pusaka
برتمن دلاءل باديق ڤوساک
Menitipkan warkah untuk sebangsa
منيتيڤکن ورقه اونتوق سبڠسا
Sayugia genggam buat renungan.
سيوݢيا ڬڠݢم بوات رنوڠن

Ketika paluan jihad bergema
کتيک ڤالوان جهاد برݢما
Terzahirlah musuh dalam selimut
ترظاهرله موسوه دالم سليموت
Berwajah melayu hati belanda
برواجه ملايو هاتي بلندا
Jangan ditanya bagaimana ku tahu.
جاڠن دتاڽ باݢايمان كو تاهو

Chorus 1:
Tak ku gentar ranting dahan mencucuk
تق کو ݢنتر رنتيڠ داهن منچوچوق
Jiwaku milik Tuhan
جيواكو ميليک توهن
Syahid memang ku idam
شهيد ميمڠ كو إيدم

Kerna harta leluhur kau gadaikan
كرن هرتا للوهور کاو ڬاداءيكن
Persis itik bertaji
ڤرسيس ايتيق برتاجي
Hingga pecah lah kapi
هيڠݢ ڤچه له کاڤي

Basahkan lidahmu dengan selawat
باسهكن ليدهمو دڠن صلوات
Timbang hidupmu dengan syariat
تيمبڠ هيدوڤمو دڠن شريعة
Jazam kalbumu tanda makrifat
جزم كلبومو تندا معرفة
Ilmu dijunjung adat disukat.
علمو دجونجوڠ عادة دسوکت

Jangan sampai musuh disetiakan
جاڠن سمڤاي موسوه ديستياكن
Hingga sang petualang
هيڠݢ سڠ ڤتوالڠ
Mencemar perjuangan.
منچمر ڤرجواڠن

Hina dunia sesal di pengakhiran
هينا دونيا سسل دڤڠخكيرن
Undang murkanya Tuhan
اوندڠ موركاڽ توهن
Sengsara berpanjangan.
سڠسارا برڤنجڠن

Chorus 2:
Tak ku gentar ranting dahan mencucuk
تق کو ݢنتر رنتيڠ داهن منچوچوق
Jiwaku milik Tuhan
جيواكو ميليک توهن
Syahid memang ku idam.
شهيد ممڬ کو ايدم

Kerna harta leluhur kau gadaikan
كرن هرتا للوهور کاو ڬاداءيكن
Persis itik bertaji
ڤرسيس ايتيق برتاجي
Hingga pecah lah kapi
هيڠݢ ڤچه له کاڤي

Copyright ℗ © 2024 Toha Arifin